Kegagalan Sistem Pasaran Bebas
1 Walaupun ahli ekonomi berpendapat bahawa sistem ekonomi pasaran bebas dapat menyelesaikan masalah asas ekonomi dengan baik melalui mekanisme harga, tidak ada negara yang mengamalkan sistem ini secara keseluruhan.
2 Sistem ekonomi pasaran bebas mempunyai beberapa kelemahan yang menyebabkan sumber tidak dapat diperuntukkan secara optimum.
3 Kegagalan sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah ekonomi dengan cekap menyebabkan kerajaan perlu campur tangan dalam kegiatan ekonomi.
4 Kegagalan sistem ekonomi pasaran bebas berpunca daripada sebabsebab yang berikut:
Ketidakcekapan Pengeluaran dan Peruntukan Sumber
1 Sistem ekonomi pasaran bebas berupaya menyelesaikan masalah ekonomi secara cekap adalah berasaskan andaian pasaran barang dan pasaran faktor ialah pasaran persaingan sempurna.
2 Persaingan yang tak sempurna kerana wujudnya kuasa monopoli menyebabkan ekonomi tidak mencapai kecekapan dalam pengeluaran dan peruntukan sumber.
3 Hal ini demikian kerana firma sengaja mengurangkan output dan tidak beroperasi pada titik kos purata yang minimum. Harga output sentiasa melebihi kos sut.
4 Sekatan yang diwujudkan oleh firma monopoli menghalang kemasukan firma baru. Akibatnya pengguna mempunyai pilihan yang terbatas.
5 Penguasaan sumber ekonomi oleh firma monopoli mendorong pengeluar mengutamakan pengeluaran barang yang mampu dibayar oleh pengguna untuk memperoleh untung lebih normal.
6 Sumber ekonomi tidak diperuntukkan dengan cekap untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang dapat meninggikan tingkat kebajikan masyarakat.
Agihan Pendapatan yang Tidak Setara
1 Persaingan yang tidak adil dalam kegiatan ekonomi tanpa campur tangan kerajaan menyebabkan jurang agihan pendapatan semakin besar antara golongan berada dengan golongan yang miskin.
2 Golongan kaya semakin kaya kerana mempunyai kelebihan dalam persaingan yang bebas, sedangkan golongan miskin terus tinggal miskin kerana kekurangan sumber ekonomi untuk bersaing.
Showing posts with label BAB 8 Peranan Kerajaan (mikro). Show all posts
Showing posts with label BAB 8 Peranan Kerajaan (mikro). Show all posts
Wednesday, May 4, 2011
8.1 Mengapa Kerajaan Per lu Campur Tangan dalam Kegiatan Ekonomi?
Posted by
ppu ekonomi smkst
at
11:40 PM
2
comments
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
BAB 8 Peranan Kerajaan (mikro)

