Kegagalan Sistem Pasaran Bebas
1 Walaupun ahli ekonomi berpendapat bahawa sistem ekonomi pasaran bebas dapat menyelesaikan masalah asas ekonomi dengan baik melalui mekanisme harga, tidak ada negara yang mengamalkan sistem ini secara keseluruhan.
2  Sistem ekonomi pasaran bebas mempunyai beberapa kelemahan yang menyebabkan sumber tidak dapat diperuntukkan secara optimum.
3  Kegagalan sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah ekonomi dengan cekap menyebabkan kerajaan perlu campur tangan dalam kegiatan ekonomi.
4  Kegagalan sistem ekonomi pasaran bebas berpunca daripada sebabsebab yang berikut:
Ketidakcekapan Pengeluaran dan Peruntukan Sumber
1 Sistem ekonomi    pasaran bebas berupaya menyelesaikan masalah ekonomi secara cekap adalah berasaskan andaian pasaran barang dan pasaran faktor ialah pasaran persaingan sempurna.
2  Persaingan yang tak sempurna kerana wujudnya kuasa monopoli menyebabkan ekonomi tidak mencapai kecekapan    dalam pengeluaran dan peruntukan sumber.
3  Hal ini demikian kerana firma sengaja mengurangkan output dan tidak beroperasi pada titik kos purata yang minimum. Harga output sentiasa melebihi kos sut.
4  Sekatan yang diwujudkan oleh firma monopoli menghalang kemasukan firma baru. Akibatnya pengguna mempunyai pilihan yang terbatas.
5  Penguasaan sumber ekonomi oleh firma monopoli mendorong pengeluar mengutamakan pengeluaran barang yang mampu dibayar oleh pengguna untuk memperoleh untung lebih normal.
6  Sumber ekonomi tidak diperuntukkan dengan cekap untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang dapat meninggikan tingkat kebajikan masyarakat.
Agihan Pendapatan yang Tidak Setara
1 Persaingan yang tidak adil dalam kegiatan ekonomi tanpa campur tangan kerajaan menyebabkan jurang agihan pendapatan semakin besar antara golongan berada dengan golongan yang miskin.
2  Golongan kaya semakin kaya kerana mempunyai kelebihan dalam persaingan yang bebas, sedangkan golongan miskin terus tinggal miskin kerana kekurangan sumber ekonomi untuk bersaing. 


 
2 comments:
hye....aku ada soalan...adakah ini juga kebaikan kerajaan untuk aktiviti ekonomi
Assalamualaikum....
mintak izin untuk ambil maklumat dan menggunakannya dalam tugasan saya...t.kasih
semoga Allah s.w.t mudahkan segala urusan saudara/i... :)
JazakAllahu Khairan
Post a Comment