Saturday, May 7, 2011

Pendermaan Darah

Pendahuluan
Menderma mempunyai takrif yang luas dan merupakan salah satu nilai murni yang perlu ada dalam din i setiap insan. Namun perkara ini tidak akan lari daripada konsep memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Pelbagai cara dilakukan untuk menderma dan salah satunya ialah menderma darah. Setiap orang yang menderma darah perlu menganggap bahawa ini merupakan satu tanggungjawab kepada masyarakat.

Mengapa perlu menderma darah

(a) ramai yang tidak mengetahui bahawa satu unit darah yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa
(b)  pengidap penyakit merbahaya seperti demam denggi dapat diselamatkan melalui pendermaan darah
(c)  mangsa kemalangan yang kehilangan banyak darah mempunyai peluang untuk hidup jika mendapat bekalan darah
(d)  risiko ibu-ibu yang bersalin dan kehilangan banyak darah dapat diselamatkan
(e) masa depan bakal pemimpin negara (bayi-bayi) dapat direalisasikan apabila adanya pertukaran darah
(f)  mangsa kebakaran mempunyai peluang untuk hidup jika mendapat bekalan darah yang sewajarnya
(g) pengidap penyakit yang berkaitan dengan darah seperti anemia, thalasemia dan leukemia dapat diselamatkan jika mendapat bekalan darah yang secukupnya
(h) pesakit haemifilia dapat menyambung hidup melalui pendermaan darah.

Syarat-syarat untuk menjadi penderma darah (

a) pastikan berat badan melebihi 45 kilogram
(b)  umur yang sesuai untuk menderma darah adalah dalam lingkungan 18 hingga 60 tahun. Kebenaran dari
 ibu bapa perlu disertakan jika usia di bawah 18 tahun
(c) dapatkan tidur yang secukupnya sekurang-kurangnya enam hingga tujuh jam sebelum melakukan pendermaan
(d) pastikan kandungan protein dan zat besi yakni tahap haemoglobin berada sekurang-kurangnya 12.5%
(e) jangan sesekali mengambil sebarang ubat antibiotik kecuali dengan kebenaran pegawai perubatan
(f)  pesakit tekanan darah tinggi, diabetis, sakit jantung, thalasemia, haemofilia, hepatitis B atau C, AIDS dan penyakit kelamin tidak dibenarkan untuk menderma darah sama sekali

0 comments:

Post a Comment