Thursday, May 5, 2011

Kefahaman dan Ulasan

Panduan Menjawab Soalan Bahagian C

1 Terdapat dua soalan yang wajib dijawab dalam bahagian ini iaitu, satu bahagian daripada karangan laras sastera dan satu bahagian lagi daripada karangan laras sains dan teknologi.
2  Sebanyak 20 markah diperuntukkan untuk bahagian mi Ini bermakna 10 markah bagi setiap bahagian.
3  Baca dan fahami kehendak / keseluruhan soalan yang diberi. Baca secara berulang jika terdapat soalan yang kurang difahami.
4  Bahagian C terdiri daripada empat soalan, iaitu Soalan 5 (a) dan Soalan 5 (b). Kedua-dua soalan ini merupakan soalan karangan laras sastera. Manakala Soalan 6 (a) dan Soalan 6 (b) merupakan soalan karangan laras sains dan teknologi. Pilih satu soalan sahaja daripada Soalan 5 dan Soalan 6.
5  Soalan yang bakal dijawab mestilah disertakan dengan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam tentang sesuatu tajuk yang dipilih.
6  Soalan pecahan (i) dan (ii) mestilah dijawab kedua-duanya.
7  Bagi Soalan (1), penjelasan yang tepat perlu diberi terhadap petikan yang dipilih. Maklumat yang terdapat dalam petikan boleh digunakan untuk menjawab soalan. Secara relatif, soalan ini berbentuk pertanyaan secara langsung atau soalan yang tersurat. Tulis jawapan dalam satu ayat sahaja.
8  Pendapat, pandangan, membincang, menghurai, membuat ulasan, membuat perbandingan atau rumusan diperlukan bagi menjawab soalan (ii). Oleh itu, ketelitian yang tinggi terhadap soalan diperlukan. Untuk memudahkan cara menjawab, gunakan pengetahuan am yang sedia maklum. Jawapan yang dikemukakan perlulah ringkas, padat dan tepat kerana hanya 50 patah perkataan sahaja diperuntukkan untuk menulis karangan pada bahagian
9 Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei satu peranggan. Setiap jawapan yang dikemukakan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya dua hingga tiga isi penting. Permulaan karangan perlu dinyatakan dengan isi penting dan kemudian diikuti huraian yang berkaitan untuk menyokong isi yang diberi.
10      Pastikan ejaan dan penggunaan bahasa yang betul. Elakkan daripada menggunakan bahasa atau perkataan yang kurang difahami lebih-lebih lagi perkataan bahasa Inggeris yang dimelayukan. Menggunakan perkataan atau bahasa yang kurang tepat akan menyukarkan pemeriksa dan ini akan menjejaskan pemarkahan.

0 comments:

Post a Comment