Wednesday, May 4, 2011

Buruh

1 Buruh merupakan faktor pengeluaran yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
2   Sumber tenaga buruh diukur berdasarkan bilangan tenaga buruh dan juga kemahiran atau kualiti tenaga buruh. Dengan itu buruh tergolong kepada dua kumpulan utama, iaitu buruh mahir dan buruh tidak mahir.
3  Antara faktor yang mempengaruhi kemahiran dan kualiti buruh sesebuah negara ialah pendidikan, pengalaman dan latihan, kesihatan dan motivasi pekerja.
4   Buruh mempunyai mobiliti tempat dan mobiliti kegunaan kerana buruh muctah berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain dan dapat melakukan pelbagai jenis pekerjaan.
5 Pulangan kepada buruh ialah upah.

0 comments:

Post a Comment